Translate

Sunday, August 14, 2016

Tangki Ikan Simen

Keputusan untuk menukarkan tangki plastic atau fiber kepada tangki simen dibuat dengan tujuan memudahkan penjagaan beberapa tangki kecil. Tangki-tangki kecil ini dihubungkan dengan mengunakan paip plastik untuk menyeragamkan aras air secara graviti. Proses ini terdedah kepada risiko seperti kebocoran dan lain-lain faktor yang boleh memutuskan hubungan antara tangki-tangki tersebut. Sekiranya ini berlaku, salah sebuah tangki mungkin akan kering terutama ketika cuaca panas dan tiada siapa yang berada di rumah untuk beberapa hari.

Tangki baharu dibuat secara bersepadu di mana risiko untuk terputus hubungan antara tangki-tangki adalah hampir tiada. Berlainan dengan tangki plastik fiber, tangki simen tidak menggunakan paip untuk menghubungkan kesemua tangki. Ini juga dapat menjadikan penyelenggaraan lebih mudah. Walau bagaimanapun, tangki simen adalah tetap & 'permanent', tidak lagi 'adjustable' & 'portable' seperti tangki plastik fiber.

Tangki dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama untuk ikan Tilapia dan yang kedua untuk ikan-ikan yang kecil seperti Guppy. 



Bahagian untuk ikan Tilapia adalah dalam bentuk 'Constant Water Level', dengan air yang yang berlebihan mengalir melalui laluan air seperti dalam gambar di atas, membentuk sebuah air terjun mini. Ikan-ikan dari tangki yang lama mula dipindahkan ke tangki masing-masing selepas seminggu tangki simen selamat diuji untuk kebocoran. Siput (Malaysian Trumpet Snail) juga dipindahkan untuk menolong mengawal algae disamping menambah penghasilan bahan buangan untuk proses kitaran ammonia.

No comments:

Post a Comment