Translate

Saturday, June 22, 2013

Digital / analog Timer

Untuk menjarakkan pusingan (pam air dari aras terendah, sifon aktif dan akhirnya sifon berhenti) dari 2-3 minit kepada jarak yang lebih lama, "timer" telah dipasang. Selang masa yang dipakai ialah 15 minit untuk pam aktif dan 15 minit untuk pam tidak aktif. Pada malam hari, hanya 15 minit  diberikan untuk pam aktif untuk setiap jam. Pemantauan akan dilakukan untuk memastikan sistem kitaran nitrogen dan reaksi tumbuhan/ikan dalam keadaan yang stabil. Juga di dalam perhatian adalah pilihan untuk memanjangkan jarak pam tidak aktif dari 15 minit kepada 30 minit atau lebih lama.

Saturday, June 8, 2013

Penapis air

Untuk merealisasikan sistem penambah air (2-3 titis sesaat) untuk tangki ikan supaya air sentiasa berada di tahap yang selamat, penapis air telah ditambah untuk memastikan klorin tidak masuk ke dalam sistem akuaponik. Harga satu set adalam lebih kurang RM70.00. Penapis ini juga memudahkan penambahan air sekiranya perlu kerana air boleh terus disalirkan ke tangki tanpa perlu menambah anti-klorin.

p/s: gambar diambil dari internet.

Monday, June 3, 2013

Pokok timun mula berbunga

Pokok timun mula belajar mengeluarkan bunga. Beberapa daun-daun awal kelihatan seperti kekurangan zat tetapi daun-daun baharu nampak segar hijau. Pokok timun terus dibantu untuk menjalar ke arah junjung. Pada masa yang terdekat, junjung-junjung baru akan ditambah untuk memastikan pokok timun terus membesar dengan baik.

Saturday, June 1, 2013

Selepas seminggu balik kampung

Selepas seminggu meninggalkan rumah untuk bercuti di kampung, aras air untuk kedua-dua tangki ikan adalah dalam tahap yang selamat dengan hanya menambah air 2-3 titis sesaat.

Sebuah tangki ikan baru telah dibeli sebagai perancangan memelihara ikan tilapia. Oleh kerana rancangan ini tidak dirancang pada awal-awal dahulu, sedikit perubahan dilakukan untuk membawa tangki ini ke dalam sistem yag sedia ada. Rancangan yang ada ialah untuk memasang pam air untuk mengitarkan air ke tangki baru daripada tangki lama, dan air dari tangki baru melimpah semula ke tangki lama secara graviti. Seperti dalam blog Affnan, ini boleh digolongkan dalam model sistem aras air tetap untuk tangki baru tersebut..



Selepas lebih kurang sebulan, pokok timun sudah mula memanjat junjung. Pokok kacang botol belum lagi sampai memcecah junjung.

Sayuran lain masih kecil lagi.