Translate

Sunday, October 16, 2016

"Green Water"

"Green Water" 16 Oktober 2016


13 Oktober 2016
15 Oktober 2016
16 Oktober 2016

Pada 16 Oktober 2016, air menjadi lebih jernih sehingga objek-objek di bahagian dasar dapat dilihat. Pemantauan akan terus dibuat untuk memastikan kualiti air ditahap yang memuaskan.


Edit (18 Oktober):
18 Oktober 2016
Syukur Alhamdulillah, air kembali jernih dalam masa seminggu. UV akan terus diaktifkan buat masa ini sehingga sayur-sayuran bertambah dan dapat memproses air dengan lebih baik. Langkah seterusnya adalah menghadkan masa UV diaktifkan sambil memantau kesan-kesan lain.

Saturday, October 15, 2016

Pencapaian antara 17 September 2016 dan 15 Oktober 2016


Sayur-sayuran

17 September 2016
15 Oktober 2016

Kailan telah membesar dan dituai. Kelihatan jumlah kailan yang agak banyak untuk setiap paip PVC kerana biji benih yang ditaburan secara berlebihan. Rancangan awal untuk memindahkan anak-anak kailan ke PVC yang lain tidak kesampaian kerana semua PVC telah penuh. Rancangan sekarang untuk mengelakkan kailan berebut ruang adalah dengan menuai kailan yang agak besar untuk memberi peluang kepada kailan lain yang masih kecil. Di masa hadapan, jumlah biji benih yang ditabur ke dalam PVC boleh dikurangkan pertumbuhan kailan yang lebih optimum.

Air bertukar menjadi hijau -- "Green Water"

13 Oktober 2016
15 Oktober 2016
Kegembiraan menyaksikan ikan-ikan tilapia berselera merebut makanan telah menyebabkan lebihan sisa, sebagai asas untuk algae membiak. Tambahan pula, sayur-sayuran baru sahaja membesar dan tidak mampu memproses sisa-sisa makanan dan tahi ikan dengan selayaknya. Semenjak seminggu yang lepas, air telah bertukar kepada air di mana dasar tangki tidak lagi boleh dilihat. Pembiakan algae amat laju dan tidak terkejar oleh sistem penapis yang ada. Penapisan algae mungkin akan boleh dibantu sekiranya growbeds dipenuhi oleh hydroton, tidak seperti sistem PVC sekarang yang membolehkan air yang dipam mengalir semula ke dalam tangki bersama-sama algae itu semula. 

Lampu Ultra Violet (UV)

Sistem UV dipasang untuk mengawal algae dan parasit

Sistem UV (18W) telah dipasang pada 13 Oktober 2016 untuk mengawal algae dengan membunuh sel-sel tersebut. Di samping itu, cahaya UV juga dapat membunuh parasit-parasit yang mungkin cuba membiak di dalam kolam. Selepas 2 hari, dasar kolam telah mula kelihatan. Perbandingan kejernihan air boleh dilihat seperti gambar-gambar yang tertera di topik "Green Water" di atas.

Sekiranya perubahan keadaan air masih perlahan, nasihat akan diberikan kepada ahli keluarga untuk mengurangkan sedikit jumlah makanan ikan yang diberikan pada setiap hari. Diharap air akan kembali jernih dalam masa seminggu.