Translate

Sunday, August 14, 2016

Sifon


Sifon dipakai semula dari growbeds lama, bersaiz 25 mm. Sifon akan menjalankan tugasnya apabila air berada pada tahap ketinggian pasu dan akan berhenti apabila aras air sampai pada ketinggian 1-2 cm.


  
'Outlet' atau tempat air keluar menggunakan paip bersaiz 15 mm menggunakan 'crossover'. Setakat ini, sifon berfungsi dengan baik. Sifon dari 3 growbeds mengeluarkan air di tangki ikan Tilapia untuk mengitarkan air kerana air dipamkan dari tangki ikan Guppy. Sifon dari growbed yang paling jauh dibiarkan mengeluarkan air ke satu penjuru tangki ikan Guppy untuk mengitarkan air dari kawasan tersebut. 'Timer' tidak digunakan buat masa ini; pam air berjalan 24 jam. Kajian akan dibuat sekiranya ada kebaikan untuk merehatkan pam pada waktu malam seperti yang dibuat pada sistem yang lalu.

Growbeds


Growbeds mengunakan 3 tangki baru dan juga sebuah tangki yang dikitarsemula dari projek yang lepas. Grow media atau LECA tidak diletakkan pada keseluruhan growbeds tetapi menggunakan pasu dan paip PVC. Kelebihan sistem ini adalah pokok-pokok atau sayuran lebih senang dikawal dan LECA boleh dibersihkan bila perlu. Pasu-pasu boleh diubah dan diletakkan pada tempat yang sesuai bergantung kepada tahap dan jenis sayuran.

Rancangan untuk masa hadapan ialah untuk menggunakan paip PVC sepenuhnya, iaitu tidak lagi menggunakan pasu. Paip PVC dapat memaksimakan keluasan growbeds yang digunakan. Eksperiment menggunakan pelbagai jenis jaring dibahagian bawah setiap paip PVC yang diikat menggunakan 'cable-ties' sebagai pengganti pasu akan dibuat pada suatu masa nanti. 



Oleh kerana tiada LECA pada bahagian growbeds yang di luar pasu, algae mudah hidup dan sisa pepejal seperti tahi ikan mudah terkumpul. Pertumbuhan algae mulai ketara selepas dua minggu growbeds dipenuhi air, ditambah pula dengan sumber baja dari tahi ikan yang mula bertambah. Malaysian Trumpet Snail (MTS) diletakkan pada setiap growbeds semenjak 2 hari yang lalu untuk menolong mengurangkan populasi algae dan juga menolong menggerakkan sebahagian tahi ikan dan lain-lain pepejal ke sifon. Pemantauan terus dibuat untuk memastikan keadaan algae terkawal. Walaupun peluang untuk jentik-jentik hidup agak tipis, kehadiran jentik-jentik akan terus dipantau di dalam growbeds dan juga di tangki ikan.



Air sentiasa ditambah secara pelahan-lahan seperti sistem yang sebelum ini iaitu dengan menitiskan terus dari paip air melalui salur air seperti di atas. Penapis air karbon digunakan untuk memastikan tiada klorin masuk ke dalam tangki ikan. 



Aras air bertambah pelahan-lahan buat masa ini dan akan sampai ke aras laluan air keluar (penjuru di hujung tangki) suatu ketika nanti. Apabila ini berlaku, sebahagian bahan buangan atau bahan asing yang terapung dapat dilupuskan melalui laluan air keluar ini. Cara ini adalah satu usaha untuk memastikan air sentiasa berada pada tahap yang selamat terutama apabila bercuti panjang di kampung.

Pam air



Pam air baru menggunakan kuasa 40 W untuk mengepam air sebanyak 2000 liter sejam. Pam diletakkan di tengah media bakteria yang dikitar semula daripada tangki lama. Diharapkan air yang sentiasa bergerak ke arah pam dapat terus memberi air segar kepada koloni bakteria untuk mereka membiak dengan baik.



Air akan melalui paip 15 mm dan dipecahkan kepada 4 bahagian. Laluan keluar untuk 3 tangki menggunakan 'end cap' yang ditebuk supaya jumlah air maksima yang keluar dapat dikawal. Tangki yang keempat akan menerima kesemua lebihan air dari pam.



Air agak lambat menjadi jernih disebabkan pengubahsuaian yang sentiasa berlaku di growbeds dan juga growbeds yang belum lagi berupaya menapis bahan-bahan pepejal dengan sempurna. Oleh itu, pam kedua (15 W) ditambah pada minggu kedua untuk memperkasakan penapisan secara mekanikal. Pam ini adalah sebahagian dari set aquarium yang tidak lagi beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin pam ini akan dihentikan operasinya selepas sistem aquaponik menjadi lebih stabil. Ternyata air menjadi jernih selepas 1 atau 2 hari pam ini diaktifkan. Pam ini mengambil air dari tangki Guppy dan melepaskannya di tangki 'Constant Water Level' iaitu tangki ikan Tilapia. 

Tangki Ikan Simen

Keputusan untuk menukarkan tangki plastic atau fiber kepada tangki simen dibuat dengan tujuan memudahkan penjagaan beberapa tangki kecil. Tangki-tangki kecil ini dihubungkan dengan mengunakan paip plastik untuk menyeragamkan aras air secara graviti. Proses ini terdedah kepada risiko seperti kebocoran dan lain-lain faktor yang boleh memutuskan hubungan antara tangki-tangki tersebut. Sekiranya ini berlaku, salah sebuah tangki mungkin akan kering terutama ketika cuaca panas dan tiada siapa yang berada di rumah untuk beberapa hari.

Tangki baharu dibuat secara bersepadu di mana risiko untuk terputus hubungan antara tangki-tangki adalah hampir tiada. Berlainan dengan tangki plastik fiber, tangki simen tidak menggunakan paip untuk menghubungkan kesemua tangki. Ini juga dapat menjadikan penyelenggaraan lebih mudah. Walau bagaimanapun, tangki simen adalah tetap & 'permanent', tidak lagi 'adjustable' & 'portable' seperti tangki plastik fiber.

Tangki dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama untuk ikan Tilapia dan yang kedua untuk ikan-ikan yang kecil seperti Guppy. 



Bahagian untuk ikan Tilapia adalah dalam bentuk 'Constant Water Level', dengan air yang yang berlebihan mengalir melalui laluan air seperti dalam gambar di atas, membentuk sebuah air terjun mini. Ikan-ikan dari tangki yang lama mula dipindahkan ke tangki masing-masing selepas seminggu tangki simen selamat diuji untuk kebocoran. Siput (Malaysian Trumpet Snail) juga dipindahkan untuk menolong mengawal algae disamping menambah penghasilan bahan buangan untuk proses kitaran ammonia.

Zulhairi Aquaponic 2.0 -- Ogos 2016


Selepas 3 tahun menggunakan sistem lama, sistem yang lebih besar telah beroperasi sejak 3 minggu lepas. Antara perubahan ketara yang dilakukan adalah:

1. Tangki ikan telah ditukar daripada plastik fiber kepada tangki simen dengan kapasiti isipadu yang lebih besar.

2. Growbeds ditambah daripada 3 buah kepada 4 buah.

3. Sistem CRAFT digunakan menggantikan sistem tangki individu yang disambung dengan paip graviti untuk menyamakan aras air antara kedua-dua tangki.

4. Pasu-pasu dan paip PVC digunakan menggantikan growbeds yang penuh dengan LECA, seperti konsep sistem terbaru yang digunakan oleh Affnan.
http://www.affnanaquaponics.com/2016/08/gutterbed-update-1st-august-2016.html