Translate

Sunday, August 14, 2016

Growbeds


Growbeds mengunakan 3 tangki baru dan juga sebuah tangki yang dikitarsemula dari projek yang lepas. Grow media atau LECA tidak diletakkan pada keseluruhan growbeds tetapi menggunakan pasu dan paip PVC. Kelebihan sistem ini adalah pokok-pokok atau sayuran lebih senang dikawal dan LECA boleh dibersihkan bila perlu. Pasu-pasu boleh diubah dan diletakkan pada tempat yang sesuai bergantung kepada tahap dan jenis sayuran.

Rancangan untuk masa hadapan ialah untuk menggunakan paip PVC sepenuhnya, iaitu tidak lagi menggunakan pasu. Paip PVC dapat memaksimakan keluasan growbeds yang digunakan. Eksperiment menggunakan pelbagai jenis jaring dibahagian bawah setiap paip PVC yang diikat menggunakan 'cable-ties' sebagai pengganti pasu akan dibuat pada suatu masa nanti. 



Oleh kerana tiada LECA pada bahagian growbeds yang di luar pasu, algae mudah hidup dan sisa pepejal seperti tahi ikan mudah terkumpul. Pertumbuhan algae mulai ketara selepas dua minggu growbeds dipenuhi air, ditambah pula dengan sumber baja dari tahi ikan yang mula bertambah. Malaysian Trumpet Snail (MTS) diletakkan pada setiap growbeds semenjak 2 hari yang lalu untuk menolong mengurangkan populasi algae dan juga menolong menggerakkan sebahagian tahi ikan dan lain-lain pepejal ke sifon. Pemantauan terus dibuat untuk memastikan keadaan algae terkawal. Walaupun peluang untuk jentik-jentik hidup agak tipis, kehadiran jentik-jentik akan terus dipantau di dalam growbeds dan juga di tangki ikan.



Air sentiasa ditambah secara pelahan-lahan seperti sistem yang sebelum ini iaitu dengan menitiskan terus dari paip air melalui salur air seperti di atas. Penapis air karbon digunakan untuk memastikan tiada klorin masuk ke dalam tangki ikan. 



Aras air bertambah pelahan-lahan buat masa ini dan akan sampai ke aras laluan air keluar (penjuru di hujung tangki) suatu ketika nanti. Apabila ini berlaku, sebahagian bahan buangan atau bahan asing yang terapung dapat dilupuskan melalui laluan air keluar ini. Cara ini adalah satu usaha untuk memastikan air sentiasa berada pada tahap yang selamat terutama apabila bercuti panjang di kampung.

No comments:

Post a Comment