Translate

Sunday, August 14, 2016

Pam air



Pam air baru menggunakan kuasa 40 W untuk mengepam air sebanyak 2000 liter sejam. Pam diletakkan di tengah media bakteria yang dikitar semula daripada tangki lama. Diharapkan air yang sentiasa bergerak ke arah pam dapat terus memberi air segar kepada koloni bakteria untuk mereka membiak dengan baik.



Air akan melalui paip 15 mm dan dipecahkan kepada 4 bahagian. Laluan keluar untuk 3 tangki menggunakan 'end cap' yang ditebuk supaya jumlah air maksima yang keluar dapat dikawal. Tangki yang keempat akan menerima kesemua lebihan air dari pam.



Air agak lambat menjadi jernih disebabkan pengubahsuaian yang sentiasa berlaku di growbeds dan juga growbeds yang belum lagi berupaya menapis bahan-bahan pepejal dengan sempurna. Oleh itu, pam kedua (15 W) ditambah pada minggu kedua untuk memperkasakan penapisan secara mekanikal. Pam ini adalah sebahagian dari set aquarium yang tidak lagi beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin pam ini akan dihentikan operasinya selepas sistem aquaponik menjadi lebih stabil. Ternyata air menjadi jernih selepas 1 atau 2 hari pam ini diaktifkan. Pam ini mengambil air dari tangki Guppy dan melepaskannya di tangki 'Constant Water Level' iaitu tangki ikan Tilapia. 

No comments:

Post a Comment