Translate

Saturday, June 1, 2013

Selepas seminggu balik kampung

Selepas seminggu meninggalkan rumah untuk bercuti di kampung, aras air untuk kedua-dua tangki ikan adalah dalam tahap yang selamat dengan hanya menambah air 2-3 titis sesaat.

Sebuah tangki ikan baru telah dibeli sebagai perancangan memelihara ikan tilapia. Oleh kerana rancangan ini tidak dirancang pada awal-awal dahulu, sedikit perubahan dilakukan untuk membawa tangki ini ke dalam sistem yag sedia ada. Rancangan yang ada ialah untuk memasang pam air untuk mengitarkan air ke tangki baru daripada tangki lama, dan air dari tangki baru melimpah semula ke tangki lama secara graviti. Seperti dalam blog Affnan, ini boleh digolongkan dalam model sistem aras air tetap untuk tangki baru tersebut..



Selepas lebih kurang sebulan, pokok timun sudah mula memanjat junjung. Pokok kacang botol belum lagi sampai memcecah junjung.

Sayuran lain masih kecil lagi.







1 comment:

  1. Menambah air pada kadar beberapa titis air setiap saat.. satu cara yg baik untuk memastikan kolam tidak berada ditahap bahaya.

    Saya tengah bercadang hendak menggunakan air Aircond sebagai air tambahan setiap hari.. lagi pon air aircond hanya dibuang tanpa kegunaan.

    Elok campakkan sedikit batang besi.. supaya terdapat Iron didalam kolam.. tak payah banyak..

    ReplyDelete