Translate

Sunday, May 19, 2013

Persediaan balik kampung

Setelah diteliti kadar sejatan air, memang akan menjadi masalah sekiranya berada jauh dari rumah lebih dari seminggu di mana aras air akan turun lebih rendah dari aras pam air. Selain kitaran air yang terputus, pam air juga boleh rosak akibat kepanasan. Pemantauan sedang dibuat untuk memastikan cukup air yang ditambah supaya aras air sentiasa berasa pada tahap selamat.



Idea diperolehi daripada website http://www.herpcenter.com/reptile-articles/drip-watering-system.html. System ini dipilih kerana tidak berbaloi untuk menggunakan system yang komersial dan memerlukan kos mungkin RM100 atau lebih. Idea menggunakan bahan-bahan pam angin ini murah, modal tidak lebih daripada RM10.

Punca air adalah daripada paip air rumah yang dibuka kecil dengan kadar air masuk ke dalam botol adalah sama atau lebih sedikit dari air yang keluar untuk memastikan sifon tidak terputus. Kadar air yang kecil juga dapat memastikan klorin tersejat dengan sebanyak mungkin di dalam botol sebelum masuk ke dalam tangki ikan.


Tangki 1: Kadar titisan air yang sedang dipadankan dengan kadar sejatan air. Kadar titisan adalah 2 titis sesaat.


Tangki 2: Titisan air untuk tangki 2 adalah dalam 2-3 titis sesaat. Sasaran adalah untuk mendapatkan aras air hampir tidak berubah iaitu air masuk sama dengan air yang hilang.

Sementara itu, terdapat kebocoran kecil pada penapis air utama rumah. Air menitis pada kadar 1 titis setiap 2 atau 3 saat. Air dialirkan ke botol yang kemudiannya dipindah melalui 'water bridge' ke botol lain sebelum disifon ke pasu bunga.

Akhir sekali untuk hari ini, pokok timun dan kacang botol (winged bean) terus membesar.


Kemaskini informasi, 20 Mei 2013:
1. Titisan air dari botol ke tangki ikan adalah antara 1-2 titis sesaat. Titisan air, yang saiznya lebih besar dari dari tiub angin, dari paip ke botol adalah 1 titis sesaat.

1 comment: