Translate

Sunday, May 19, 2013

Persediaan balik kampung

Setelah diteliti kadar sejatan air, memang akan menjadi masalah sekiranya berada jauh dari rumah lebih dari seminggu di mana aras air akan turun lebih rendah dari aras pam air. Selain kitaran air yang terputus, pam air juga boleh rosak akibat kepanasan. Pemantauan sedang dibuat untuk memastikan cukup air yang ditambah supaya aras air sentiasa berasa pada tahap selamat.



Idea diperolehi daripada website http://www.herpcenter.com/reptile-articles/drip-watering-system.html. System ini dipilih kerana tidak berbaloi untuk menggunakan system yang komersial dan memerlukan kos mungkin RM100 atau lebih. Idea menggunakan bahan-bahan pam angin ini murah, modal tidak lebih daripada RM10.

Punca air adalah daripada paip air rumah yang dibuka kecil dengan kadar air masuk ke dalam botol adalah sama atau lebih sedikit dari air yang keluar untuk memastikan sifon tidak terputus. Kadar air yang kecil juga dapat memastikan klorin tersejat dengan sebanyak mungkin di dalam botol sebelum masuk ke dalam tangki ikan.


Tangki 1: Kadar titisan air yang sedang dipadankan dengan kadar sejatan air. Kadar titisan adalah 2 titis sesaat.


Tangki 2: Titisan air untuk tangki 2 adalah dalam 2-3 titis sesaat. Sasaran adalah untuk mendapatkan aras air hampir tidak berubah iaitu air masuk sama dengan air yang hilang.

Sementara itu, terdapat kebocoran kecil pada penapis air utama rumah. Air menitis pada kadar 1 titis setiap 2 atau 3 saat. Air dialirkan ke botol yang kemudiannya dipindah melalui 'water bridge' ke botol lain sebelum disifon ke pasu bunga.

Akhir sekali untuk hari ini, pokok timun dan kacang botol (winged bean) terus membesar.


Kemaskini informasi, 20 Mei 2013:
1. Titisan air dari botol ke tangki ikan adalah antara 1-2 titis sesaat. Titisan air, yang saiznya lebih besar dari dari tiub angin, dari paip ke botol adalah 1 titis sesaat.

Friday, May 17, 2013

Pokok terus membesar

Pokok membesar dan berdaun baru tetapi masih belum sampai mencapai junjung

Pokok sawi mengeluarkan daun-daun baru.

Saturday, May 11, 2013

Cara untuk meninggikan pH air

Tadi singgah sekejap di kedai ikan untuk membeli pH UP tapi tidak ada dalam stok.

Teringat pula pengalaman lama dalam Planted Tank menggunakan batu karang untuk bertindak balas dengan asid (pH < 7) yang hasilnya pH akan menjadi lebih tinggi dengan perlahan-lahan. Sebagai eksperiment, 2 ketul batu karang diletakkan di setiap tangki ikan pada petang tadi. Berhati-hati sebelum meletak dengan jumlah yang banyak, takut nanti terlajak pH. Sekiranya pH masih belum berubah, esok lusa batu karang akan ditambah lagi. 

pH sekarang : 5.0
pH yang dikehendaki: 6.7 - 6.9
Masa perubahan: 1 minggu


pH

Pemeriksaan pH dibuat hari ini dengan menggunakan kit pH (RM20). Air di kedua-dua tangki berapa pada pH 5. Ikan dan pokok dalam keadaan biasa tetapi bakteria mungkin kurang selesa dengan pH yang rendah.

Rujukan dari website http://www.aquaponic.com.au/backyard.htm : 
ikan: pH 6.5 - 8.0
pokok: pH 4.5 - 7.0
bakteria: pH 6.0 - 8.0

Target pH yang optimum 6.5, tapi sebelum menggunakan pH UP, baik membuat kaji selidik tengtang pH dan cara mengawalnya.



 




Junjung / Penyokong

Benih kacang botol mula bercambah beberapa hari selepas benih timun mengeluarkan daun pertama.


Junjung yang ringkas daripada buluh dan tali mula disediakan untuk menyokong pokok kacang botol dan timun. Rancangan seterusnya ialah menghalakan pokok-pokok memanjat ini ke arah pagar. Buluh-buluh melintang tambahan akan disediakan bila pokok membesar dan memanjat junjung.

Tuesday, May 7, 2013

Baja cecair

Disebabkan ikan belum banyak untuk menghasilkan ammonia, hari ni 5 ml baja cecair (dari baki yg digunakan untuk planted aquarium) ditambah kepada tangki ikan, yang seterusnya dipamkan kepada growbed. Langkah seterusnya memantau keadaan sayuran yang baru sedang pada tahap sehelai daun.

Monday, May 6, 2013

Pokok timun terus membesar...


Biji benih bayam/sawi bercambah.


Leca ditambah sampai ke aras atas growbed. Belum ada rancangan yang sistematik, masih dalam tempoh percubaan.


Ikan pun masih sihat walaupun tank dalam process cycling. Mungkin tahap amonia masih dalam kawalan.

Saturday, May 4, 2013

Hari ke-7


Guppy, platy, cory & pleco. Objektif untuk kawalan nyamuk, pembersihan tangki & pengeluaran amonia sebagai baja sayuran.

Biji benih timun mula bercambah



Hari Pertama Operasi (April 2013)


Growbeds, slotted angle bar, paip & pam mula beroperasi.

Persediaan

Persediaan dan pengalaman
1. Rujukan utama: Affnan Aquaponic: http://affnan-aquaponics.blogspot.com/
2. Pengalaman yang berkenaan:  Hobi dalam 'Planted Aquarium' selama 10 tahun.
3. Alat-alat akuaponik dibeli dari: kedai hardware, kedai ikan yang berdekatan. Dan rujukan dari laman Affnan Aquaponik.