Translate

Friday, July 19, 2013

Sayur terus membesar


Tidak banyak perubahan yang dibuat buat masa ini. Sayuran masih lagi dalam peringkat membesar, sistem menambah air tangki ikan berfungsi dengan baik dan ikan-ikan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 

Peringkat seterusnya ialah menambah bilangan ikan untuk menampung rancangan menambah jumlah sayur-sayuran baru yang masih di peringkat semaian.

Monday, July 1, 2013

Pam air dan pelarasan sifon

Semalam pam air telah ditukar kepada yang lebih kecil sedikit untuk menjarakkan lagi masa untuk satu pusingan sifon. Kesan daripada penurunan kadar tambah isipadu air, sifon tidak berfungsi iaitu tidak boleh dimulakan. Diameter paip sifon yang besar menyebabkan tiada vakum terhasil untuk memulakan satu pusingan sifon.

Tindakan yang diambil ialah mengecilkan diameter paip sifon. Paip yang lebih kecil dimasukkan ke dalam sifon yang sedia ada, disertakan dengan corong yang kecil pada bahagian atas. Hasilnya, sifon telah berfungsi semula. Timer masih lagi ditetapkan pada selang masa 15 minit, dengan rancangan untuk dijarakkan lagi kepada 30 minit.